Lypo-Spheric Vitamin C and Info Custom Search:

Lypo-Spheric Vitamin C Terbaik untuk Kesihatan

Lypo-Spheric Vitamin C - mungkin ini pertama kali anda mendengar tentang perkataan ini. Tetapi perkataan vitamin c pasti tidak asing bagi Anda. Suplimen yang satu ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka yang serius tentang kesihatan pasti amat kenal dengan vitamin ini, tak kira samada mereka berada di Malaysia, Indonesia, Singapura dan negara lain yang berbahasa Melayu. Agak senang untuk mendapatkan vitamin c, hanya memerlukan beberapa klik di komputer sahaja

Elok kita kenal secara agak saintifik tentang vitamin c. Dari sudut perubatan lebih tepat vitamin ini dikenali sebagai L-asid askorbik atau askorbat. Ianya amat penting dalam proses sintesis kolagen dan merupakan anti-oksidan yang paling berkesan. Kekurangan yang akut pada seseorang manusia akan menyebabkan penyakit skurvi.

Paling penting untuk diketahui ialah vitamin c dijana secara dalaman oleh hampir semua organisma tetapi tidak dijana secara dalaman oleh tubuh manusia (dan beberapa spesis primat dan mamalia). Bukan sahaja tidak dijana tetapi juga tidak disimpan oleh badan. Oleh sebab itu kita mesti mengambil vitamin c setiap hari bagi memastikan keperluan tubuh badan dapat dipenuhi.

Sumber utama semulajadi vitamin c yang selalu disebut-sebut ialah buah-buahan sitrus. Limau dan lemon selalu ditayangkan sebagai sumber vitamin c yang unggul. Namun begitu hampir pasti bahawa buah jambu batu dan roselle jauh lebih bernilai dalam menawarkan vitamin c. Pengambilan vitamin c secara semulajadi dalam jumlah yang mencukupi agak sukar kepada mereka yang menjalani kehidupan zaman moden.

Pada masa dahulu nenek kita mendapat vitamin c degan mewah kerana mereka sentiasa memakan sayuran, buah-buahan dan ulaman segar setiap hari. Mungkin ini salah satu rahsia mereka awet muda dan sihat sehinggalanjut usia. Pada masa moden ini kita perlu mendapatkan bekalan vitamin c yang cukup melalui suplemen.

Ada banyak jenama vitamin c di pasaran tetapi tiada yang seunggul Lypo-Spheric Vitamin C. Ianya ialah suplemen vitamin c dalam bentuk cecair berteknologi nano menjadikannya paling mudah diserap oleh badan sehingga ada dakwaan mengatakan ianya setanding dengan, jika tidak lebih baik, pengambilan secara suntikan. Satu kebaikan suplimen vitamin c jenama ini ialah ia akan terus pergi ke tisu-tisu badan yang memerlukan vitamin c untuk rawatan dan penyembuhan yang paling efisyen dan efektif.

Lypo-Spheric Vitamin C boleh didapati secara online:



Vitamin c dipercayai dalam bidang perubatan untuk mencegah dan mengatasi masalah ringan seperti selsema dan deman sehinggalah masalah kesihatan serius seperti penyakit jantung, kemurungan atau depression dan kanser. Juga banyak digunakan untuk tujuan kecantikan dan kosmetik. Di zaman internet ini informasi dan bekalan Lypo-Spheric Vitamin C dan vitamin c jenama lain ada dihujung jari